Pindah 15 juta ikan salmon kerana kemarau - Utusan Malaysia

Pindah 15 juta ikan salmon kerana kemarau

PIHAK berkuasa California akan memindahkan lebih 15 juta ikan salmon dari empat kolam ternak di Central Valley ke Lautan Pasifik. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pihak berkuasa California akan memindahkan lebih 15 juta ikan salmon dari kolam ternak di kawasan pertanian Central Valley ke Lautan Pasifik.

Langkah itu berikutan keadaan sungai khususnya laluan air yang digunakan ikan untuk ke hilir dijangka menyusut dan menjadi kering disebabkan musim kemarau berpanjangan. 

Lapor The Guardian, pihak berkuasa mengumumkan operasi pemindahan ikan salmon secara besar-besaran itu pada Rabu lalu.

Menurut pihak berkuasa, usaha itu antara lain bertujuan memastikan tahap kelangsungan hidup bagi salmon dalam perjalanan ke Lautan Pasifik. 

“Langkah memindahkan salmon ke tapak pelepasan hilir terbukti cara terbaik untuk meningkatkan kelangsungan hidup ikan tersebut ke laut pada musim kering,” kata penyelia tempat penternakan di wilayah tengah utara, Jason Julienne.     

California kini mengalami musim kemarau bagi tahun kedua selepas musim sejuk yang hanya menyaksikan sedikit taburan hujan, selain merupakan tahun keempat paling kering dalam rekod.

Lebih 16.8 juta ikan salmon dari empat pusat penternakan di Central Valley akan dibawa ke kawasan pesisir di sekitar teluk San Pablo, San Francisco, Half Moon dan Monterey.

San Francisco Chronicle melaporkan, operasi pemindahan ikan salmon bakal membabitkan kira-kira 146 trak yang membawa muatan dari empat pusat penternakan ke Lautan Pasifik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya