Pilihan Raya Bengal Barat: 17 orang didakwa maut - Utusan Malaysia

Pilihan Raya Bengal Barat: 17 orang didakwa maut

BJP mendakwa ahli TMC merosakkan harta benda pejabat partinya. - SANJAY DAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 orang didakwa terbunuh dalam pertempuran ketika pilihan raya diadakan di Bengal Barat sejak Ahad lalu.

Lapor BBC, kesemua individu itu membabitkan petugas parti dari Parti Kongres Trinamool (TMC) dan Parti Bharatiya Janata (BJP).

Keganasan itu tercetus selepas pemimpin TMC, Mamata Banerjee menang besar dalam pilihan raya di negeri itu buat kali ketiga.

Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan mengenai laporan kematian atau punca keganasan itu.

BJP mendakwa petugas parti TMC menyerang ahlinya dan merosakkan harta benda pejabat parti itu.

TMC menafikan tuduhan itu dan mendakwa tujuh pekerja partinya terbunuh dalam insiden tersebut.

BJP pula mendakwa sembilan pekerja partinya meninggal dunia dalam keganasan itu.

Beberapa rakaman video yang masih belum disahkan dan tular di media sosial menunjukkan harta benda pejabat dirosakkan, bangunan terbakar dan penduduk diserang.

Setakat ini, belum dapat dipastikan bagaimana keganasan itu tercetus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya