Perahu terbalik akibat swafoto - Utusan Malaysia

Perahu terbalik akibat swafoto

PASUKAN penyelamat melakukan operasi mencari serta menyelamat mangsa perahu terbalik di Boyolali, Jawa Tengah, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tujuh maut selepas sebuah perahu yang dinaiki terbalik dan karam dalam satu kejadian di Boyolali, Jawa Tengah.

Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan semalam.

Ketika kejadian, kira-kira 20 penumpang menaiki perahu tersebut untuk pergi ke kedai terapung di sebuah kolam takungan air.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) Semarang, Nur Yahya berkata, punca kejadian didakwa berlaku apabila ada penumpang yang mengambil gambar swafoto di bahagian depan perahu.

“Perahu menjadi tidak stabil apabila ada penumpang bergerak ke bahagian depan untuk merakam gambar swafoto.

“Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan perahu itu mula dimasuki air sebelum terbalik dan semua penumpang tercampak ke dalam air,” katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang daripada saksi yang berada di lokasi kejadian.

Saksi berkenaan yang dikenali sebagai Tinuk berkata, ramai penumpang berkumpul di bahagian depan perahu menyebabkan air mulai masuk dan perahu itu tenggelam.

Sehingga kini, tujuh penumpang disahkan terkorban, manakala 11 terselamat dan dua lagi hilang.

Ketua Badan Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Boyolali, Bambang Sinungharjo memaklumkan kesemua mayat penumpang yang terkorban sudah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Sementara itu, pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari tiga lagi penumpang perahu yang hilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya