Penumpang sempat bayar tambang sebelum ditemui mati - Utusan Malaysia

Penumpang sempat bayar tambang sebelum ditemui mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Seorang penumpang dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pengangkutan awam (angkot) di jalan Pandeglang-Serang, bandar Serang, puku 3.30 petang, semalam.

Lapor Tribunnews, pemandu kenderaan awam itu, Herman berkata, kejadian berlaku di belakang pasar raya Carefour, Jalan Jendral Ahmad Yani.

Katanya, sebahagian besar penumpang sudah turun di Kebon Jahe dan hanya tinggal seorang penumpang perempuan berusia 52 tahun yang duduk di kerusi hadapan di sebelahnya.

“Ketika memasuki Kota Serang, mangsa memaklumkan dia ingin tidur dan sempat membayar wang sebanyak 10,000 rupiah (RM2.90) terlebih dahulu.

“Wanita itu malah memesan kepada saya supaya dikejutkan daripada tidur sekiranya sudah sampai di Ceceri, Kota Serang,” katanya.

Menurutnya, selepas tiba di destinasi dia berusaha mengejutkan wanita itu, namun, tiada sebarang respons diberikan.

Dia malah berasa terkejut dengan kejadian itu dan meminta pertolongan penduduk setempat mengejutkan wanita itu.

Namun, ternyata wanita itu sudah meninggal dunia.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya