Pengetua label bendera Palestin sebagai ancaman pegang senjata - Utusan Malaysia

Pengetua label bendera Palestin sebagai ancaman pegang senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pengetua di Sekolah Allerton Grange membuat permohonan maaf selepas melabelkan bendera Palestin sebagai ancaman dan ‘seruan untuk memegang senjata’.

Kumpulan aktivis pro Palestin berkumpul di hadapan sekolah yang terletak di Leeds selepas Mike Roper memuat naik komen dalam perhimpunan secara maya yang kemudian dikongsikan secara dalam talian.

Lelaki itu memuat naik komen tersebut selepas segelintir murid mengadu poster dan bendera Palestin yang dipakai mereka dirampas oleh guru minggu lalu.

Namun, selepas kritikan itu dimuat naik dalam kumpulan media sosial pro Palestin, Roper dan pihak berkuasa pendidikan tempatan membuat permohonan maaf bersama.

“Saya meminta maaf kerana contoh yang diberikan semasa perhimpunan dengan merujuk kepada bendera Palestin yang menyebabkan kekecewaan dalam komuniti. Ia sebenarnya bukan niat saya,” katanya.

Berikut merupakan komen yang disiarkan itu:

“Dengan menggunakan simbol seperti bendera Palestin, segelintir orang melihat ia sebagai ancaman, berasa tidak selamat dan bimbang kerana bagi orang lain bendera itu dilihat sebagai seruan untuk memegang senjata serta dilihat sebagai mesej moral menyokong anti Yahudi,” tulisnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya