Penduduk Yahudi mahu hancurkan Masjid Al-Aqsa - Utusan Malaysia

Penduduk Yahudi mahu hancurkan Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Penduduk Yahudi berhasrat memusnahkan Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Quds News Network melaporkan, penduduk itu berkata, memusnahkan kediaman penduduk di Semenanjung Gaza tidak membantu mencapai hasrat mereka, sebaliknya, menghancurkan masjid itu membantu mencapai matlamat mereka selama ini.

Penduduk penempatan haram dan polis Israel berterusan menggeledah kawasan masjid dan cuba memindahkan pengurusan Majlis Wakaf Islam Jordan yang dilantik menjaga pekarangan Masjid Al-Aqsa kepada Kementerian Agama Yahudi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu, provokasi Israel hanya melemahkan usaha gencatan senjata di Gaza.

Dalam kejadian terbaharu, puluhan peneroka haram Yahudi diiringi dengan pasukan keselamatan Israel bersenjata dilaporkan menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur, kelmarin.

Mereka turut menyerang penduduk Palestin yang menunaikan solat subuh di masjid tersebut.

Siri serangan tentera Zionis di Gaza sejak 10 Mei lalu, menyaksikan sekurang-kurangnya 248 penduduk Palestin maut termasuk 66 kanak-kanak dan lebih 1,900 cedera.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya