Penduduk California ditawar RM470 juta ambil suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Penduduk California ditawar RM470 juta ambil suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Penduduk negeri ini ditawarkan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah AS$116.5 juta (RM470 juta) dan kad hadiah bagi sesiapa yang mengambil suntikan vaksin sebelum 15 Jun.

Usaha itu digerakkan oleh Gabenor Parti Demokrat, Gavin Newsom sebagai sebahagian daripada usaha mempercepatkan proses vaksinasi kerana negeri itu akan membuka semula kesemua sektor ekonomi, 15 Jun depan.

Seramai 10 penduduk yang mengambil suntikan vaksin sebelum tarikh itu berjaya memenangi hadiah loteri AS$1.5 juta (RM6 juta), sementara 30 individu lain masing-masing memenangi AS$50,000 (RM200,000).

Jelas beliau, bermula Khamis, dua juta penduduk pertama yang mengambil vaksin akan menerima hadiah AS$50 (RM200) sama ada wang tunai atau barangan dapur.

“Segelintir penduduk California berkata mereka tidak bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19 semasa hari pertama.

Program ini direka khas bagi menggalakkan individu yang memerlukan sokongan tambahan untuk divaksin dan membantu California berada dalam keadaan selamat,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Awam California, Dr. Tomas Aragon. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya