Penduduk bina rumah untuk gelandangan - Utusan Malaysia

Penduduk bina rumah untuk gelandangan

PENDUDUK Oakland membina penempatan dikenali Cob on Wood untuk gelandangan di kawasan tersebut. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Gara-gara muak dengan krisis perumahan di Oakland, penduduk setempat membina sebuah penempatan kecil dengan pelbagai kemudahan di bawah jambatan bagi kira-kira 300 gelandangan.

Lapor Daily Mail, penempatan yang dibina itu dilengkapi dengan bilik mandi, dapur umum dipenuhi bekalan makanan, ketuhar dan sebuah klinik kesihatan untuk kegunaan golongan tersebut.  

Dikenali sebagai Cob on Wood, penempatan kecil itu terletak di sepanjang Wood Street di West Oakland di bawah jambatan Interstate 880.  

Penempatan kecil itu dibina pada Disember lalu oleh sekumpulan penduduk dari kawasan tersebut yang memutuskan untuk menangani krisis perumahan dan memberi sokongan diperlukan kepada gelandangan khususnya yang terjejas akibat pandemik Covid-19. 

Ketika ini, antara 150 dan 300 orang dilaporkan tinggal di penempatan itu dengan fokus diberikan untuk meningkatkan kemahiran diri seperti menyediakan latihan sektor pembinaan, kelas masakan dan nutrisi serta pembangunan kerjaya.

Beberapa gelandangan yang menetap di pusat komuniti itu memberitahu mereka akhirnya berasa lega kerana mempunyai tempat tinggal yang baik dan selesa untuk didiami.

Pihak penganjur bercadang untuk membangunkan lagi pusat komuniti itu dengan dana dari kempen GoFundMe yang kini mencecah lebih AS$57,000 (RM235,617).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya