Pelosi gesa boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk China 2022 - Utusan Malaysia

Pelosi gesa boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk China 2022

NANCY PELOSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat(AS), Nancy Pelosi menggesa untuk memboikot secara diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk China yang akan berlangsung pada Februari tahun depan.

Tindakan itu berikutan kebimbangan mengenai pelanggaran hak asasi manusia mengenai isu etnik Uighur.

Lapor BBC, Pelosi menggesa ketua-ketua negara di seluruh dunia untuk tidak menghadiri acara sukan itu.

“Janganlah kita memberi penghormatan kepada China dengan ketua-ketua negara menghadiri acara tersebut.

“Marilah kita memboikot Olimpik ini, Jangan beri penghormatan kepada China dengan ketua-ketua negara menghadiri acara sukan tersebut.

“Ketua-ketua negara yang akan ke China ketika isu pembunuhan secara beramai-ramai masih berterusan turut membangkitkan persoalan mengenai kewibawaan moral anda untuk bercakap mengenai hak asasi manusia,” katanya.

Pelosi merupakan ahli politik AS terbaharu menggesa untuk memboikot sebagai tindak balas layanan China ke atas penduduk Uighur.

China didakwa menahan lebih sejuta penduduk Uighur dan etnik minoriti lain di wilayah Xinjiang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya