Pelarian Rohingya bantah penempatan di Bhashan Char - Utusan Malaysia

Pelarian Rohingya bantah penempatan di Bhashan Char

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Ribuan pelarian etnik Rohingya mengadakan bantahan mengenai keadaan penempatan yang disediakan oleh kerajaan Banagladesh di Pulau Bhashan Char di daerah Cox’s Bazar.

Sejak Disember lalu, Bangladesh mula memindahkan kira-kira 18,000 pelarian Rohingya ke pulau tersebut, susulan keadaan kem pelarian yang semakin sesak.

Dianggarkan sebanyak 4,000 pelarian Rohingya menyertai bantahan tersebut ketika pegawai Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) mengadakan pemeriksaan di pulau tersebut.

Ketua Polis Cox’s Bazar, Alamgir Hossain berkata, golongan pelarian itu memulakan bantahan sebaik sahaja pegawai UNHCR tersebut tiba untuk melakukan pemeriksaan.

“Mereka memecahkan tingkap kaca dengan membaling batu dan cuba menghampiri polis, selain menegaskan mereka tidak mahu tinggal di pulau tersebut,” katanya.

Terdahulu, pelarian Rohingya yang ditempatkan di pulau tersebut memaklumkan mereka dipukul oleh polis dan dipaksa bersetuju untuk pindah ke Bhashan Char.

Namun, dakwaan itu dinafikan oleh polis Bangladesh.

Kerajaan negara ini merancang untuk memindahkan kira-kira 100,00 pelarian Rohingya ke pulau tersebut. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya