Pelajar hina Palestin ingin bersekolah semula - Utusan Malaysia

Pelajar hina Palestin ingin bersekolah semula

PELAJAR perempuan yang menghina konflik Palestin (baju hitam) memohon maaf secara terbuka selepas videonya tular dalam media sosial. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Unit Perkhidmatan Teknikal Daerah untuk Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) wilayah Bengkulu memaklumkan pelajar sekolah menengah yang dibuang sekolah kerana menghina Palestin ingin bersekolah semula.

Ketuanya, Ainul Mardiati berkata, selepas memberi kaunseling serta mengadakan perbincangan, pelajar tersebut memaklumkan dia ingin bersekolah semula di sekolah asalnya dan tidak mahu berpindah ke tempat lain.

“Kes pelajar itu mendapat perhatian Gabenor Bengkulu, Rohidin Mersyah yang menegaskan pelajar perempuan itu perlu menyambung persekolahan dan diberi sokongan moral.

“Permintaan pelajar itu untuk bersekolah semula di sekolah asalnya akan dibenarkan dengan syarat, ibu bapanya perlu menarik semula surat memindahkan anaknya ke sekolah lain,” katanya kepada Kompas.com.

Dalam pada itu, Ainul memaklumkan PPA akan terus memantau keadaan pelajar tersebut bagi mengelakkan dia berdepan dengan tekanan susulan kesnya yang tular.

Terdahulu, pelajar perempuan itu memuat naik video yang menunjukkan dirinya menghina konflik di palestin sehingga tular dalam media sosial.

Tindakannya menyebabkan Jabatan Pendidikan Benteng dan pihak sekolah membuat keputusan untuk membuangnya dari sekolah.

Pelajar itu turut membuat permohonan maaf serta menyesali perbuatannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya