IOWA: Seorang pekerja ladang berusia 26 tahun didapati bersalah atas kesalahan membunuh pelajar kolej tahap pertama, Mollie Tibbets, pada Julai 2018.
Lapor CNN, keputusan itu dijatuhkan oleh mahkamah selepas proses perbicaraan mengambil masa tiga tahun.
Mayat wanita berusia 20 tahun itu ditemui di ladang jagung Iowa selepas mangsa diculik dan ditikam.
Tertuduh, Cristhian Bahena Rivera memakai fon kepala semasa jurubahasa mahkamah menterjemah keputusan dalam bahasa Sepanyol.
Lelaki itu berdepan hukuman penjara seumur hidup bermula 15 Julai depan.
Rivera merupakan imigran dari Mexico ditahan pada 2018 oleh pihak polis selepas mengaku keluar bersama mangsa untuk beriadah pada waktu petang sebelum membunuhnya.
Suspek sudah bekerja empat tahun di ladang tenusu, Yarrabee, manakala, mangsa sedang menuntut bidang psikologi di Universiti Iowa.