YANGON: Sebuah kumpulan pejuang etnik mendakwa pihaknya menembak jatuh sebuah helikopter tentera Myanmar hari ini, iaitu sehari selepas pasukan keselamatan meneruskan tindakan kekerasan, menyaksikan sekurang-kurangnya lapan orang maut.
Tentera Pembebasan Kachin (KIA) mendakwa helikopter tersebut ditembak jatuh ketika bertempur dengan junta tentera di pekan Momauk di utara Myanmar.
Sejak beberapa minggu lalu, kubu kuat serta perkampungan etnik Kachin menjadi sasaran serangan udara tentera Myanmar.
Jurucakap KIA, Naw Bu berkata, junta tentera menggunakan jet pejuang dan helikopter untuk melancarkan serangan udara sejak awal pagi ini.
“Namun, tentera kami berjaya membalas balik serangan dan menembak jatuh helikopter junta tentera,” katanya.
Sehingga kini, junta tentera tidak memberi kenyataan berhubung insiden tersebut.
Setakat ii, kira-kira 765 penduduk awam maut terkena tembakan yang dilepaskan pasukan keselamatan sejak rampasan kuasa berlaku pada 1 Februari lalu. – AFP