Pejuang Hamas masih hidup bawah terowong - Khalil - Utusan Malaysia

Pejuang Hamas masih hidup bawah terowong – Khalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pemimpin Hamas, Khalil Hayyeh dengan lantang menegaskan barisan pejuangnya, Briged Al-Qassam masih hidup dan sedang berjalan di bawah terowong di Semenanjung Gaza.

Ucapan itu sebagai jawapan balas terhadap kenyataan bongkak Presiden Israel, Benjamin Netanyahu yang mendakwa tentera Zionis Israel akan menang pada bila-bila masa selepas terowong dimusnahkan.

Israel dan Hamas bersetuju untuk melakukan gencatan senjata bagi menghentikan konflik yang berlaku ketika ini.

Kabinet Israel memaklumkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan pada petang semalam, iatu 11 hari selepas konflik keganasan berlaku di Semenanjung Gaza.

Hamas turut mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan gencatan senjata bermula pada pukul 2 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia hari ini).

Susulan itu, sorakan kegembiraan bergema di seluruh Gaza awal pagi hari ini selepas penduduk turun ke jalanan bagi meraikan kemenangan yang sangat mendalam kepada rakyat Palestin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya