PBB sifatkan serangan udara Zionis di Gaza sebagai jenayah perang - Utusan Malaysia

PBB sifatkan serangan udara Zionis di Gaza sebagai jenayah perang

LETUPAN dapat dilihat selepas jet tentera Israel melancarkan serangan udara di Khan Yunis, Semenanjung Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan siri serangan udara tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza sehingga memusnahkan banyak infrastruktur termasuk kediaman penduduk sebagai jenayah perang.

Michelle Bachelet berkata, beliau tidak memperoleh serang bukti untuk menunjukkan serangan udara tentera Zionis adalah bertujuan melancarkan misi ketenteraan.

“Serangan itu dilihat tidak memberi impak positif terhadap penduduk dan kemudahan infrastruktur, maka dilihat lebih ke arah melakukan jenayah perang.

“Walaupun pihak berkuasa Israel menegaskan serangan itu bertujuan melancarkan misi ketenteraan, kami tidak menerima sebarang bukti untuk menyokong kenyataan tersebut,” katanya.

Konflik keganasan di Gaza selama 11 hari menyaksikan 248 penduduk maut termasuk kanak-kanak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya