PBB desak Presiden, PM, Menteri Pertahanan Mali dibebaskan segera - Utusan Malaysia

PBB desak Presiden, PM, Menteri Pertahanan Mali dibebaskan segera

BAH NDAW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali mendesak Presiden Bah Ndaw, Perdana Menteri, Moctar Ouane dan Menteri Pertahanan Mali, Souleymane Doucoure dibebaskan segera.

Gesaan itu dibuat selepas menerima laporan pemimpin politik berkenaan ditahan oleh tentera Mali.

Lapor BBC, misi Minusma menerusi ciapan di Twitter turut menggesa tentera Mali untuk mengembalikan semula keamanan di negara Afrika Barat itu.

Terdahulu, tentera Mali menahan Presiden, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerajaan interim negara itu selepas rombakan kabinet dilakukan.

Ndaw, Ouane dan Doucoure dibawa ke kem tentera di Kati, yang terletak di luar ibu negara Bamako.

Penahanan itu menyebabkan ketidaktentuan situasi politik di Mali beberapa bulan selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden Ibrahim Boubacar Keita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya