Pasukan SAR Palestin temukan lima mayat bawah runtuhan terowong - Utusan Malaysia

Pasukan SAR Palestin temukan lima mayat bawah runtuhan terowong

INFRASTRUKTUR yang musnah dalam serangan udara tentera Zionis di Semenanjung Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pasukan kecemasan menemukan lima mayat dan menyelamatkan 10 mangsa dari bawah runtuhan terowong yang dipercayai musnah dalam serangan udara tentera Zionis di Gaza hari ini.

Timbalan Ketua Pertahanan Awam Gaza, Raed al-Dahshan berkata, pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR) di celah runtuhan bangunan, beberapa jam selepas gencatan senjata dilaksanakan.

“Pasukan kecemasan akan berusaha membersihkan sisa runtuhan secepat mungkin dan meneruskan operasi SAR.

“Namun, kerja-kerja isu bukanlah mudah memandangkan kami tidak mempunyai kemudahan jentera berat untuk lakukan operasi SAR,” katanya.

Penemuan lima mayat itu menjadikan jumlah penduduk Gaza yang terkorban meningkat kepada 243 orang termasuk 66 kanak-kanak.

Pergerakan Hamas memaklumkan, pejuangnya antara yang menjadi korban serangan udara Zionis. – AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya