SINGAPURA: Pasport Singapura boleh digunakan sehingga 10 tahun untuk permohonan yang dibuat dari Oktober 2021 berbanding tempoh lima tahun yang ditetapkan sebelum ini.
Semua penduduk Singapura yang berusia 16 tahun ke atas yang mengemukakan permohonan membuat pasport pada atau selepas 1 Oktober tahun ini layak menerima akses tersebut.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata, tempoh baharu itu akan mengurangkan kekerapan pembaharuan pasport dan menawarkan kemudahan yang lebih meluas untuk penduduk republik ini.
“Bagi penduduk yang berusia bawah 16 tahun, tempoh sah pasport masih lima tahun kerana ciri-ciri wajah kanak-kanak sering berubah mengikut peredaran waktu dan memerlukan kemas kini yang lebih kerap.
“Kadar bayaran membuat pasport juga masih kekal pada harga S$70 (RM216),” jelas agensi tersebut. – AGENSI