ISLAMABAD: Pakistan melaksanakan perintah berkurung separa selama lapan hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.
Lapor BBC, perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan bermula hari ini sehingga 16 Mei depan.
Malah, semua premis perniagaan yang tidak penting harus ditutup sepanjang tempoh tersebut.
Dibawah sekatan tersebut, premis perniagaan yang menjual barangan keperluan, farmasi, kedai makanan akan dibenarkan beroperasi sehingga 16 Mei depan.
Perjalanan dalam dan antara wilayah serta bandar juga dilarang bagi tiga jenis pengangkutan iaitu kenderaan persendirian, teksi dan kereta api bagi mengurangkan kapasiti pergerakan.
Pakistan ketika ini berdepan dengan gelombang ketiga jangkitan Covid-19 selepas merekodkan lebih 140,000 kes dan 3,000 kes kematian pada bulan lalu.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, negara itu merekodkan tambahan 4,109 kes positif Covid-19 pada Sabtu.
Data dari Universiti John Hopkins pula menunjukkan Pakistan mencatatkan lebih 850,000 kes jangkitan Covid-19 dan kira-kira 19,000 kes kematian. – AGENSI