WASHINGTON: Menara One Vanderbilt yang berada pada ketinggian 427 meter akan dilengkapi dengan lif kaca bagi membolehkan orang ramai menikmati pemandangan menakjubkan bandar New York.
Projek pembangunan yang bernilai kira-kira AS$3 bilion (RM12.39 bilion) itu bakal menjadi salah sebuah bangunan tertinggi di Manhattan.
Lapor Daily Mail, lif kaca yang dikenali sebagai `Ascent’ mampu bergerak sejauh 368 meter di menara 77 tingkat yang dibina bersebelahan Grand Central Station.
Selain itu, bangunan tersebut akan dilengkapi dengan konsep bar terbuka bagi pengunjung yang ingin bersantai.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SL Green, Marc Holliday berkata, ciri-ciri tersebut menawarkan pengalaman interaktif yang memberikan orang ramai pemandangan terbaik bandar New York.