Nasib penduduk Palestin akan terus jadi perhatian Arab Saudi - Utusan Malaysia

Nasib penduduk Palestin akan terus jadi perhatian Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nasib dan hak penduduk Palestin akan terus menjadi keutamaan Arab Saudi.

Perkara itu disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdul Aziz al-Wasel.

Katanya, Arab Saudi tidak teragak-agak untuk terus menyokong penduduk Palestin dalam apa jua cara sekali pun bagi memastikan mereka bebas dari cengkaman Zionis.

“Isu penempatan haram Yahudi di bumi Palestin sentiasa menjadi perhatian kami, terutamanya melibatkan ancaman pengusiran ratusan keluarga Palestin dari kediaman mereka di Baitulmuqaddis timur secara paksa.

“Komuniti antarabangsa perlu bersatu untuk mendesak dan menekan Israel

supaya tidak sewenang-wenangnya mencabuli undang-undang antarabangsa,” katanya seperti yang dipetik Arab News.

Selain itu, Abdul Aziz menegaskan Arab Saudi secara keras membantah penindasan Zionis terhadap penduduk Palestin dengan memusnahkan harta benda serta infrastruktur milik mereka.

“Satu dunia sudah menyaksikan tindakan kejam Israel, terutamanya dalam konflik keganasan yang berlaku baru-baru ini, maka kita tahu apa yang perlu dibuat untuk bantu penduduk Palesrtin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya