Nama serupa aplikasi Siri iPhone - Utusan Malaysia

Nama serupa aplikasi Siri iPhone

SIRI Hafso menulis surat kepada Apple Inc. untuk meminta komputer riba percuma. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita meminta syarikat teknologi, Apple Inc. memberinya komputer riba secara percuma kerana menggunakan namanya pada aplikasi pembantu peribadi digital, Siri yang diperkenalkan dalam telefon pintar iPhone.

Lapor Mirror, Siri Hafso berkata, dia amat menyukai namanya kerana unik dan jarang digunakan orang ramai.

Malah, dakwanya, ramai yang berasa sukar untuk menyebut namanya secara betul selepas mendengar buat kali pertama.  

“Tetapi semuanya berubah selepas Apple memperkenalkan pembantu digital dan menamakannya Siri. Sejak itu, nama tersebut sudah menjadi biasa di dunia ini, tiada apa yang istimewa.

“Saya juga menjadi bahan gurauan orang ramai apabila mereka mendapat tahu nama saya sama dengan aplikasi tersebut,” katanya.

Menurut Siri, dia menulis surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook mengenai permintaannya kerana merasakan menjadi bahan jenaka selama beberapa tahun akibat tindakan syarikat itu. 

Siri berkongsi surat yang ditulis kepada Apple Inc. dalam TikTok sehingga menjadi tular.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Dia juga berharap agar syarikat teknologi itu akan memberikannya komputer riba percuma sebagai hadiah hari jadi ke-30.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya