Myanmar terus didesak tamatkan pergolakan politik - Utusan Malaysia

Myanmar terus didesak tamatkan pergolakan politik

PENUNJUK perasaan menyertai demonstrasi membantah rampasan kuasa di pekan Thingangyun, Yangon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Desakan antarabangsa supaya junta tentera Myanmar membebaskan tahanan politik termasuk pemimpin awam, Aung San Suu Kyi dan menamatkan pergolakan politik yang berlaku di negara itu tidak pernah luntur.

Malah, gesaan itu semakin lantang apabila Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi menuntut pengembalian semula demokrasi menerusi satu perbincangan diadakan di peringkat tertinggi agensi tersebut. 

Menurut majlis keselamatan itu menerusi kenyataan, tuntutan penduduk Myanmar sejak insiden rampasan kuasa telah mencetuskan `kesukaran tidak dapat dijangka’ bagi pemimpin tentera dalam mengukuhkan kedudukannya sehingga menyebabkan pentadbiran negara terganggu.   

Christine Schraner Burgener yang ketika ini berada di Bangkok memberitahu anggota majlis keselamatan bahawa situasi di Myanmar menjadi semakin buruk melibatkan semua aspek.   

Beliau merujuk beberapa perkara antaranya peningkatan pertempuran di kawasan etnik, ramai kehilangan pekerjaan, penjawat awam enggan bekerja kerana membantah rampasan kuasa, krisis dihadapi keluarga di sekitar bandar Yangon sehingga menyebabkan kemiskinan teruk.  

“Aspirasi bersama untuk menuntut demokrasi telah menyatupadukan rakyat Myanmar dengan jurang agama dan etnik yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

“Perpaduan yang erat seperti itu menimbulkan kesukaran yang tidak dapat dijangka untuk pemimpin tentera terus mengukuhkan kedudukan dan rampasan kuasa. 

Anggota majlis keselamatan mengulangi kebimbangan terhadap situasi di Myanmar susulan pengisytiharan darurat oleh junta tentera pada 1 Februari lalu selain menyokong pengembalian semula demokrasi di negara itu.

Majlis keselamatan itu turut mengutuk sekeras-sekerasnya tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan, isu kematian ratusan orang awam, gesaan membebaskan ahli politik ditahan dan menamatkan keganasan di Myanmar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya