Microsoft umum Internet Explorer ditamatkan - Utusan Malaysia

Microsoft umum Internet Explorer ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Syarikat teknologi, Microsoft mengumumkan penamatan pelayar web, Internet Explorer yang dicipta sejak 25 tahun lalu.

Penamatan itu diputuskan selepas pengguna internet dilihat lebih gemar memilih platform pelayar web lain seperti Google Chrome atau Apple’s Safari.

Syarikat itu dalam kenyataan memaklumkan masa depan Internet Explorer terdapat pada Windows 10 dalam Microsoft Edge.

Microsoft Edge bukan sahaja menawarkan pengalaman pelayaran internet lebih pantas, bahkan ia lebih selamat dan moden daripada Internet Explorer.

“Ia juga dapat mengatasi masalah utama seperti keserasian dengan laman web dan aplikasi lama,” katanya.

Berkuatkuasa 15 Jun 2022, Interent Explorer akan ditamatkan serta merta dan tidak dikendalikan lagi oleh Microsoft.

Namun Microsoft berkata, laman web dan aplikasi berasaskan Internet Explorer akan berfungsi dengan Edge bagi sekurang-sekurangnya sehingga tempoh 2029. -AFP

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya