Maut ketika urus pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

Maut ketika urus pesakit Covid-19

SEORANG petugas perubatan rebah tiba-tiba (dalam bulatan) ketika menguruskan pesakit Covid-19 di hospital di Gujarat, India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURENDRANAGAR, India: Seorang petugas perubatan rebah secara tiba-tiba dan di sahkan meninggal dunia ketika menguruskan pesakit Covid-19 di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.

Lapor Daily Mail, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Mahavir Sinj Jhala rebah di depan Hospital CJ di sini ketika bersiap sedia memindahkan pesakit Covid-19 ke ambulans.

Terkejut dengan insiden itu, rakan setugasnya bergegas membawa Sinj Jhala ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan kecemasan sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Hasil penelitian awal mendapati petugas kesihatan itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kematian Sinj Jhala berlaku ketika gelombang Covid-19 di India terus memuncak.

Selama 12 hari terakhir, negara ini merekodkan kes jangkitan harian lebih 400,000.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya