Maut ditimpa lelaki terjun bunuh diri - Utusan Malaysia

Maut ditimpa lelaki terjun bunuh diri

TAYLOR KAHLE terbunuh selepas seorang lelaki yang melompat dari tempat letak kereta menimpanya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang wanita terbunuh ketika mengadakan temu janji selepas seorang lelaki yang didakwa mahu membunuh diri melompat dari sebuah tempat letak kereta sehingga menimpanya.   

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Taylor Kahle, 29, dan pasangannya menikmati hidangan di restoran, Basic Bar & Pizza yang terletak di pusat bandar San Diego.

Pasangan itu kemudian berjalan di J Street dan ke blok 10th Avenue kira-kira pukul 7.30 malam (waktu tempatan) pada Ahad.      

Tidak lama kemudian, seorang lelaki terjun dari bangunan tersebut dan terjatuh ke atas Kahle.

Rakaman CCTV juga menunjukkan dua orang yang sedang berjalan di belakang Kahle dan pasangannya, terkejut lalu segera membantu mangsa.

Menurut polis San Diego, Kahle mati di tempat kejadian manakala lelaki yang melompat itu pula disahkan meninggal dunia di hospital.

Pasangan Kahle bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kematian lelaki yang melompat dari tempat letak kereta itu diputuskan sebagai bunuh diri dan polis masih belum mendedahkan identitinya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya