BAITULMUQADDIS: Gencatan senjata yang dipersetujui antara Hamas dan Israel hanya bertahan beberapa jam selepas polis Zionis sekali lagi menyerbu Masjid al-Aqsa.
Selain itu, polis Israel juga melepaskan gas pemedih mata kepada penduduk Palestin selepas solat Jumaat.
Serangan polis Zionis itu menyaksikan sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin cedera.
Terdahulu, penduduk Gaza meraikan kejayaan gencatan senjata yang dipersetujui dengan menyifatkannya sebagai kemenangan untuk penduduk Palestin. – AGENSI