Majlis Keselamatan PBB bincang isu Baitulmuqaddis - Utusan Malaysia

Majlis Keselamatan PBB bincang isu Baitulmuqaddis

ISRAEL melancarkan serangan udara di semenanjung Gaza sehingga mengorbankan nyawa penduduk Palestin. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar Isnin lalu berhubung insiden keganasan yang tercetus di Baitulmuqaddis.  

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan kerana Amerika Syarikat (AS) membimbangi kenyataan itu akan lebih memburukkan keadaan. 

Menurut diplomat, sesi perundingan masih berterusan antara 15 negara Majlis Keselamatan mengenai teks dari draf awal yang diusulkan oleh Norway. 

Diplomat lain pula memberitahu, AS mengadakan persidangan video yang ‘bertindak secara belakang tabir’ bagi meredakan situasi dan tidak pasti kenyataan buat masa ini akan membantu. 

Mesyuarat Majlis Keselamatan diadakan selepas penasihat keselamatan kebangsaan AS, Jake Sullivan menghubungi rakan sejawat Israel serta menyuarakan ‘kebimbangan serius’ mengenai kemungkinan Israel mengusir rakyat Palestin yang meningkatkan ketegangan. 

Selepas mesyuarat Majlis Keselamatan berakhir, penganjur perarakan pro Israel membatalkan rancangan tersebut. 

 

DRAF MAJLIS KESELAMATAN PBB 

Draf kenyataan Majlis Keselamatan yang dilihat oleh AFP menggesa Israel menghentikan jenayah pengusiran, penganiayaan dan penindasan termasuk di timur Jerusalem. 

Draf Norway dikemukakan bersama Tunisia dan China bersama anggota tidak tetap semasa mesyuarat tersebut. 

Menerusi draf pernyataan yang merupakan langkah di bawah resolusi, anggota Majlis Keselamatan akan menyuarakan keprihatinan besar mereka mengenai ketegangan yang semakin meningkat di Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis timur yang dijajah serta dianggap Israel sebagai sebahagian daripada ibu kotanya. 

Draf itu turut mencegah sebarang bentuk tindakan provokasi dan retorik serta menghormati status quo bersejarah di tempat-tempat suci. 

Wakil AS di PBB tidak mengulas mengenai mesyuarat Majlis Keselamatan itu. 

AS adalah sekutu tertinggi Israel, namun, Presidennya, Joe Biden dilihat berusaha menyokong hak penduduk Palestin berikutan pentadbiran Donald Trump yang pro Israel. 

 

ISRAEL SEMAKIN GILA 

Israel semakin gila dan mengganas selepas melancarkan serangan udara di Gaza pada malam 29 Ramadan sehingga mengorbankan 20 nyawa penduduk tidak berdosa termasuk sembilan kanak-kanak.  

Serangan itu didakwa sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan oleh Hamas dan pejuang Palestin lain sehingga menyebabkan 65 individu lain cedera serta dua komander kanan Hamas turut terkorban. 

Siri keganasan itu meletus selepas rejim zionis menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menyerang rakyat Palestin. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya