Mahmoud Abbas adakan pertemuan dengan delegasi AS - Utusan Malaysia

Mahmoud Abbas adakan pertemuan dengan delegasi AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Penolong Setiausaha Hal Ehwal Palestin Amerika Syarikat (AS), Hady Amr.

Semasa pertemuan itu, Mahmoud Abbas menjelaskan kepada delegasi AS mengenai keadaan yang serius di Baitulmuqaddis termasuk serangan polis dan peneroka haram Israel, pengusiran secara paksa, keganasan serta pencerobohan berterusan di Gaza.

Sehingga kini, lebih 200 orang maut dan 1,300 mengalami kecederaan, manakala, beribu-ribu individu lain terlantar seperti dilaporkan agensi berita Palestin, Wafa.

Presiden Palestin itu menekankan perlunya pentadbiran AS campur tangan untuk menghentikan pencerobohan Zionis Israel dan memulakan usaha mencapai penyelesaian politik berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta undang-undang antarabangsa.

Beliau malah menegaskan penguasaan tentera Israel di wilayah Palestin perlu ditamatkan termasuk di Baitulmuqaddis Timur sebagai prasyarat keselamatan dan kestabilan wilayah.

Mahmoud turut menyatakan kesediaan pihak Palestin untuk mencapai perdamaian yang adil dan komprehensif bagi menjamin hak rakyat negara itu atas kebebasan dan kemerdekaan seperti termaktub dalam undang-undang antarabangsa. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya