WASHINGTON: Sebuah lukisan Mark Rothko yang bertajuk Untitled berjaya dijual pada harga lebih 27 juta pound (RM157 juta) dalam satu lelongan oleh firma Christie’s di New York.
Lapor Metro, lukisan yang sederhana berbentuk segi empat dan berwarna biru itu dianggap sebagai karya agung artis dari Amerika Syarikat (AS).
Lukisan berukuran 172.72 sentimeter (cm) panjang dan 137.16 lebar itu merupakan karya lukisan kedua terakhir yang dihasilkan oleh Rothko sebelum beliau membunuh diri pada tahun 1970.
Beberapa pakar berkata, cat minyak pada karya kanvas itu menampilkan tona warna biru berbeza yang `berubah dan berkilau’ dibawah sinaran cahaya.
Artis kelahiran Rusia yang keluarganya berhijrah ke AS pada 1913, hanya pernah menghasilkan tiga karya sepanjang kehidupannya termasuk lukisan Untitled.
Rothko dikatakan menganggap lukisan tersebut sebagai pencapaian paling besar yang pernah dihasilkannya.
Lukisan itu menarik minat seluruh dunia sebelum memperoleh 27.1 juta pound (RM157.6 juta).
Sebelum ini, lukisan itu dimiliki oleh pengumpul karya seni, Paul dan Rachel Mellon antara tahun 1971 dan 2014.
Lukisan itu kemudian dijual kepada sebuah firma koleksi Eropah.