Letupan gegar Yangon, situasi belum reda - Utusan Malaysia

Letupan gegar Yangon, situasi belum reda

PENUNJUK perasaan memegang kain rentang menolak junta tentera dalam demonstrasi di pekan Insein di Yangon, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Beberapa insiden letupan menggegarkan Yangon semalam ketika penunjuk perasaan melakukan demonstrasi sebagai bantahan berterusan rampasan kuasa oleh junta tentera sejak 1 Februari lalu.

Ketika pergolakan politik di Myanmar masuk bulan keempat, kumpulan penunjuk perasaan berhimpun dan berarak dengan cepat bagi mengelak konfrontasi dengan pasukan keselamatan.

Aktivis pelajar, Min Han Htet berkata, kaedah terbaharu itu bertujuan menyediakan penunjuk perasaan untuk lari selamatkan diri apabila pasukan keselamatan tiba.

“Anda perlu berarak dengan cepat jika tidak mahu mati ditembak atau ditangkap pasukan keselamatan,” katanya.

Di pekan Insein, sebutir bom meletup kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan berhampiran sebuah sekolah.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, pasukan keselamatan dikerah ke lokasi kejadian dan melakukan pemeriksaan.

Menjelang tengah hari, satu lagi letupan berlaku di Yankin iaitu di selatan Yangon dan media tempatan melaporkan, seorang wanita cedera dalam insiden tersebut.

Sehingga ini, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua insiden letupan berkenaan.

Dalam pada itu, dianggarkan hampir 760 penduduk awam terbunuh dalam pergolakan politik yang berlaku di negara ini, selain ribuan ditahan, namun junta tentera menafikan perkara tersebut.

Di Yangon, beberapa perkongsian media sosial menunjukkan pasukan keselamatan menangkap orang ramai termasuk kanak-kanak dari rumah mereka.

Tunjuk perasaan juga diadakan di bandar Monywa dan Dawei.

Sementara itu, tindakan kekerasan pasukan keselamatan Myanmar turut merebak ke negeri Kachin menyaksikan dua pekan kecil dibom junta tentera pada awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya