Lelaki mengaku 'Imam Mahdi' serang imam Masjidil Haram - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku ‘Imam Mahdi’ serang imam Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Seorang lelaki berpakaian ihram sambil memegang tongkat cuba menyerang seorang imam yang sedang membacakan khutbah Jumaat di Masjidil Haram.

Bagaimanapun, serangan mengejut yang disiarkan secara langsung ketika hari Jumaat itu berjaya digagalkan oleh seorang pegawai keselamatan Arab Saudi.

Ketika kejadian, salah seorang imam di Masjidil Haram, Sheikh Bandar Baleelah sedang menyampaikan khutbah.

Anggota keselamatan, Mohammed Al-Zahrani berjaya memintas lelaki itu dan bergelut sehingga jatuh ke lantai ketika dia cuba melakukan serangan itu.

Penyerang itu dibawa keluar dari masjid dengan bantuan anggota keselamatan lain.

Mohammed menerima pujian atas usaha pantasnya sebagai seorang ‘wira’ oleh orang ramai menerusi media sosial.

Pihak polis mendedahkan penyerang itu mengaku dirinya sebagai ‘bakal Imam Mahdi’. -ARAB NEWS

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya