Lebih 1,000 pendatang tanpa izin tiba di Pulau Lampedusa - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 pendatang tanpa izin tiba di Pulau Lampedusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Lebih 1,000 pendatang tanpa izin tiba di kepulauan Itali, Lampedusa, semalam.

Menurut agensi berita Itali, Ansa, sebuah bot sahaja dilaporkan membawa kira-kira 400 lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Lapor AFP, sebanyak 15 bot tiba di Lampedusa pada malam Sabtu.

Datuk Bandar, Toto Martello berkata, beliau percaya peningkatan dalam ketibaan golongan itu antara lain disebabkan keadaan cuaca yang baik.

Lampedusa merupakan antara lokasi utama bagi pendatang tanpa izin yang ingin sampai ke Eropah.

Lebih banyak bot ditemui di pantai berhampiran Malta dengan Alarm Phone memaklumkan bahawa mereka memerlukan bantuan.

“Satu operasi sahaja boleh menyelamatkan kira-kira 231 orang daripada risiko lemas,” katanya.

Dilaporkan, sebanyak 11,000 pendatang tanpa izin tiba di kepulauan itu sejak awal tahun ini.

Menurut agensi berita Reuters, jumlah itu melebihi angka yang dicatatkan pada tahun lalu iaitu sebanyak 4,105 orang bagi tempoh yang sama. – AGENSI.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya