MEXICO CITY: Beratus-ratus penduduk Mexico mengadakan protes menuntut keadilan bagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian landasan tren runtuh pada awal minggu ini.
Lapor BBC, penunjuk perasaan dari sekitar bandar berkumpul dan mengadakan upacara menyalakan lilin di lokasi kejadian kemalangan pada malam semalam.
Para penunjuk perasaan memegang plakad dan melaungkan slogan `keadilan’ dalam protes tersebut.
Pergaduhan kecil juga tercetus ketika pasukan keselamatan cuba menghalang penunjuk perasaan daripada menghampiri lokasi kemalangan.
Orang ramai juga menyalakan lilin dan meletakkan jambangan bunga di tempat kejadian bagi memperingati mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Sekurang-kurangnya 26 orang meninggal dunia dan 80 cedera cedera dalam kemalangan yang berlaku akibat sebuah landasan tinggi runtuh ketika tren lalu.
Pihak berkuasa Mexico berjanji untuk menjalankan siasatan sepenuhnya.