LOS ANGELES: Penyanyi Laday Gaga mendedahkan dia pernah berdepan dengan tekanan hebat selepas diserangan secara seksual sehingga mengandung.
Lapor BBC, penyanyi itu memberitahu dia berusia 19 tahun ketika dirogol oleh seorang penerbit muzik lelaki yang sebelum itu turut mengugut untuk membakar karya seninya sekiranya enggan menanggalkan pakaian.
“Akibatnya, saya jatuh sakit, sering muntah sebelum mengetahui sebenarnya saya mengandung.
“Saya berdepan dengan trauma yang teruk selama beberapa tahun,” katanya.
Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta mendedahkan perkara itu ketika muncul dalam episod pertama rancangan ‘The Me You Can’t See’ yang membincangkan isu masalah kesihatan mental.
Penyanyi itu memberitahu, dia takkan mendedahkan nama lelaki yang merosakkan dirinya.
“Saya tidak akan dedahkan identitinya kerana saya tidak mahu dikaitkan dengannya lagi.
“Saya sering dimasukkan ke hospital kerana trauma yang dialami sehingga saya dibawa berjumpa dengan pakar psikologi.
“Trauma yang saya alami mengubah diri saya selama beberapa tahun,” ujarnya.