Kumpul memorabilia diraja RM1.17 juta - Utusan Malaysia

Kumpul memorabilia diraja RM1.17 juta

ANITA ATKINSON memiliki koleksi memorabilia diraja terbesar di dunia. - CATERS NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang warga emas dilaporkan memiliki koleksi memorabilia diraja paling besar di dunia.

Lapor Daily Mail, Anita Atkinson, 64, dari Crook di County Durham mendedahkan beribu-ribu artifak yang disimpannya bernilai lebih daripada harga rumahnya sekitar 200,000 pound (RM1.15 juta).

Atkinson memberitahu dia memiliki lebih 12,000 memorabilia dengan sebanyak 7,000 barang disimpan di muzium dan 5,000 lagi di ruang di rumahnya.  

Katanya, sebanyak 7,000 barangan diraja itu termasuk jag, kain tuala dan bendera yang berusia sehingga 200 tahun.

Wanita itu memiliki beberapa barangan berasal dari tahun 1760-an dengan barang paling berharga iaitu sehelai napkin yang digunakan oleh Putera Charles dalam satu penerbangan.   

Selain itu, sebuah lukisan minyak Duke of Kent yang jarang dipamerkan mampu meraih nilai jualan sehingga 60,000 pound (RM346,043) jika dilelong. 

Koleksi Atkinson dianggarkan bernilai 203,000 pound (RM1.17 juta).

Beberapa pakar sejarah diraja mendakwa warga emas itu tidak akan menjual koleksinya kerana mahu menyimpannya untuk generasi seterusnya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya