Kronologi serangan terhadap Palestin - Utusan Malaysia

Kronologi serangan terhadap Palestin

PEMUDA Palestin melihat kerosakan bangunan selepas dibedil roket Israel di Semenanjung Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: 1 Syawal yang sepatutnya disambut dalam suasana penuh keceriaan hari ini bertukar menjadi detik paling menakutkan buat penduduk Palestin.

Sehingga kini, tidur mereka tidak lena dek bedilan roket Zionis Israel yang memasuki ruang udara Semenanjung Gaza.

Media pro Israel pula cuba membawa naratif ‘mengarut’ yang kononnya mendakwa pejuang Hamas melakukan serangan terlebih dahulu.

Sedangkan jurucakap Hamas, Abu Ubaidah terlebih dahulu mengadakan sidang akhbar sekiranya tidak mahu berlaku serangan, tentera Israel perlu berundur dari Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah.

Pejuang Hamas malah memberikan tempoh masa kepada Zionis Israel memenuhi tuntutan tersebut bukannya seperti tentera pengganas Israel yang bacul melakukan serangan curi.

Berikut merupakan kronologi serangan pengganas Israel sejak penghujung Ramadan lalu, yang sengaja mencetuskan kekacauan di Baitulmuqaddis:

8 MEI: 200 rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel di Masjid Al-Aqsa.

Polis dan pasukan sempadan Israel menyerang penduduk menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan.

Pengusiran keluarga Palestin dari rumah mereka di wilayah timur Baitulmuqaddis memburukkan lagi keadaan.

9 MEI: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menyelar PBB kerana gagal dan tidak berupaya membawa perdamaian dan melindungi hak asasi manusia di Palestin.

Negara Islam kecam keganasan tentera Israel.

11 MEI: Rejim Zionis melancarkan serangan udara sebagai tindak balas terhadap serangan roket pergerakan Hamas.

Sekurang-kurangnya sembilan termasuk tiga kanak-kanak dan dua komander kanan Hamas terkorban.

12 MEI: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pejuang Hamas akan terima balasan yang buruk akibat serangan yang dilancarkan ke atas Israel.

PBB suarakan kebimbangan dan merayu hentikan pergolakan yang memuncak di wilayah Palestin.

Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam berjaya melancarkan 130 serangan roket ke beberapa kawasan di Israel sebagai tindak balas terhadap serangan udara tentera Israel.

13 MEI: Tentera Israel akan meneruskan serangan di Semenanjung Gaza dan melancarkan bedilan roket ke bangunan tinggi.

Sebanyak 69 penduduk Palestin terbunuh termasuk 17 kanak-kanak serta enam warga Israel.

Penduduk yang cedera semakin bertambah kepada hampir 400 orang. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya