Kemalangan kereta kabel Itali: Tiga ditahan - Utusan Malaysia

Kemalangan kereta kabel Itali: Tiga ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Polis Itali menahan tiga individu sebagai sebahagian daripada siasatan kemalangan sebuah kereta kabel yang jatuh terhempas sehingga meragut 14 nyawa di negara itu, baru-baru ini.

Ketiga-tiga individu tersebut yang terlibat dalam pengurusan kereta kabel didakwa sengaja menyahaktifkan sistem brek kecemasan yang boleh mengelakkan kemalangan itu berlaku.

“Pejabat pendakwa raya mengarahkan tiga individu itu ditahan atas tuduhan gagal mematuhi langkah berjaga-jaga berkaitan kemalangan di tempat kerja,” kata seorang jurucakap polis kepada AFP.

Lapor media tempatan Itali, tiga suspek itu terdiri daripada Ketua syarikat Ferrovie del Mottarone, Luigi Nerini serta dua pengurusnya, Gabriele Tadini dan Enrico Perocchio.

Jurucakap polis, Alberto Cicognani memberitahu stesen radio Radiotre, brek kecemasan dimatikan selepas berlaku kerosakan.

“Kereta kabel itu mengalami kerosakan dan pasukan penyelenggaran telah diarahkan untuk membaikinya namun mereka gagal menyelesaikan masalah tersebut.

“Untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan, mereka meninggalkan `fork’ yang menghalang brek kecemasan daripada berfungsi,” katanya.

Sekurang-kurangnya 14 orang maut apabila sebuah kereta kabel jatuh berhampiran Tasik Maggiore di utara Itali.

Seorang mangsa yang berusia lima tahun masih menerima rawatan di sebuah hospital di Turin.

Seramai 15 penumpang menaiki kereta kabel yang bersambung dengan sebuah resort di pekan Stresa dan pergunungan Mottarone di wilayah Piedmont ketika kejadian berlaku.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila tali yang menyokong kereta kabel berkenaan terputus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya