Keluarga mangsa Sriwijaya Air saman Boeing - Utusan Malaysia

Keluarga mangsa Sriwijaya Air saman Boeing

PRESIDEN Joko Widodo mengunjungi pelabuhan yang menempatkan serpihan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada Januari lalu di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Keluarga korban nahas pesawat Sriwijaya Air menerusi firma guaman Herrman Law Group mengemukakan saman terhadap syarikat pengeluar kapal terbang, Boeing di Mahkamah Tinggi Daerah King di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Herrman Law Group, Mark Lindquist dalam kenyataan memaklumkan, tuntutan saman itu menegaskan Boeing bersalah kerana gagal mengingatkan syarikat penerbangan mengenai masalah pada sistem auto throttle serta kesan memakir pesawat dalam tempoh beberapa bulan.

Lapor CNN Indonesia, tuntutan saman itu dikemukakan pada 15 April atas nama 16 keluarga mangsa.

Pesawat Sriwijaya Air dengan nombor penerbangan SJ 182 terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak, mengorbankan kesemua 62 penumpangnya.

Dalam pada itu, Lindquist berkata, Boeing mempunyai kewajipan untuk mengingatkan atau memaklumkan mana-mana syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat keluarannya mengenai sebarang masalah yang boleh mendatangkan bahaya.

Terdahulu, Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Indonesia (KNKT) memaklumkan ada laporan mengenai kerosakan auto throttle beberapa hari sebelum pesawat itu melakukan penerbangan berdasarkan rekod penyelenggaraan.

Selain itu, pesawat tersebut juga diparkir selama sembilan bulan susulan pandemik Covid-19 sebelum melakukan penerbangan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) sebelum itu mengingatkan bahawa pesawat yang diparkir terlalu lama boleh menyebabkan pelbagai masalah teknikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya