Katak sebesar bayi manusia - Utusan Malaysia

Katak sebesar bayi manusia

SEORANG kanak-kanak sedang memegang katak yang ditemukan itu. - KENNEDY NEWS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONIARA: Seekor katak gergasi sebesar bayi manusia berjaya ditangkap selepas dilihat berkeliaran di sebuah kawasan perkampungan di Kepulauan Solomon.

Penemuan katak gergasi itu turut mengejutkan penduduk yang tinggal di pinggir Honaira, ibu negara Kepulauan Solomon. 

Lapor Daily Star, seorang pemilik kilang kayu, Jimmy Hugo menemui katak itu ketika sedang memburu babi liar di kawasan tersebut. 

Beberapa gambar yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan katak itu bertenggek atas lutut seorang penduduk bernama Mostin.

Sekeping lagi gambar menunjukkan seorang kanak-kanak sedang memegang katak tersebut yang dilihat hampir separuh besar badan budak tersebut. 

Katak yang ditemukan itu dipercayai merupakan spesies Cornufer guppyi

Dalam pada itu, Hugo berkata, reptilia yang dijumpai itu merupakan katak paling besar yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Saiz katak itu sebesar bayi manusia. Penduduk menggelar reptilia itu sebagai ayam belukar kerana rasanya lebih sedap daripada ayam, namun sukar ditangkap,” katanya.    

Dilaporkan, spesis Cornufer guppyi merupakan salah satu katak terbesar di dunia dan biasanya ditemui dari New Britain di Kepulauan Bismarck ke Kepulauan Solomon. 

Spesies katak itu dikatakan semakin terancam disebabkan aktiviti pembalakan dan penempatan masyarakat secara meluas ke habitat mereka.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN