LOS ANGELES: Seorang kanak-kanak perempuan melepaskan tembakan di sebuah sekolah di negeri Idaho semalam, menyebabkan tiga orang cedera.
Pelajar Rigby Middle School yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan belajar di gred enam, sekali gus dia mungkin berusia 11 atau 12 tahun.
Menurut Syerif Daerah Jefferson, Steve Anderson berkats, kanak-kanak itu mengeluarkan pistol dari beg sekolahnya dan melepaskan tembakan beberapa kali di kawasan sekolah sebelum berlari keluar.
Insiden itu menyaksikan dua pelajar dan pekerja sekolah cedera, namun tidak serius.
“Seorang guru berjaya merampas pistol dari tangan pelajar tersebut dan menahannya sehingga pihak berkuasa tiba di sekolah terbabit,” kata Anderson. – AP