Kanak-kanak diikat, diheret akibat curi duit masjid - Utusan Malaysia

Kanak-kanak diikat, diheret akibat curi duit masjid

TANGKAP layar video yang menunjukkan kanak-kanak lelaki diikat leher dan tangan selepas mencuri duit masjid di Aceh Utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Leher seorang kanak-kanak lelaki diikat dengan tali nilon berwarna kuning, manakala kedua-dua tangannya diikat ke belakang sebelum diheret seperti binatang.

Itulah keadaan yang perlu dihadapi oleh kanak-kanak lelaki tersebut selepas dia didakwa mencuri tabung derma di sebuah masjid di kampung Ceumpedak, Tanah Jambo Aye, Aceh Utara.

Insiden itu turut dirakam oleh penduduk setempat dan menjadi tular dalam media sosial.

Jurucakap polis, Ahmad Yani mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan, kanak-kanak lelaki itu mengambil tabung derma berkenaan untuk membeli makanan.

Katanya, tindakan itu dilakukan selepas bapa kanak-kanak itu sakit dan tidak mampu bekerja mencari pendapatan.

“Selepas dia curi duit berjumlah 1.5 juta rupiah (RM433) itu, kanak-kanak tersebut terus membeli makanan untuk dia dan bapanya, manakala baki duit diberikan kepada pakciknya.

“Lantas, pakciknya segera memulangkan semula duit yang diambil kanak-kanak itu kepada pihak masjid sebelum kanak-kanak itu ditahan dan diikat tangan serta lehernya,” katanya kepada Kompas.com.

Lelaki yang bertanggungjawab mengikat serta mengheret kanak-kanak itu, dikenali sebagai Bakhtiar M Johan, iaitu Ketua Pembangunan Kampung Ceumpedak.

Jelas Ahmad Yani, polis sudah pun mengambil keterangan Bakhtiar dan dia memohon maaf atas tindakannya.

“Kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk berdamai dan Bakhtiar menyatakan dia bersalah kerana melakukan kekerasan pada kanak-kanak tersebut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya