Kanada berkabung atas penemuan 215 mayat kanak-kanak Orang Asli - Utusan Malaysia

Kanada berkabung atas penemuan 215 mayat kanak-kanak Orang Asli

KOMUNITI dari Kahnawake Mohawk berarak menuju ke bandar untuk memperingati penemuan 215 mayat kanak-kanak Orang Asli yang dikebumikan di sebuah sekolah lama di British Columbia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Kanada mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda berkabung atas penemuan 215 mayat kanak-kanak Orang Asli yang dikebumikan di sebuah sekolah lama di British Columbia.

“Saya sudah mengarahkan bendera di Peace Tower di Ottawa dan di semua bangunan Persekutuan dikibarkan separuh tiang.

“Ini bagi memperingati 215 kanak-kanak yang meninggal dunia di Kamloops Residential School serta mangsa dan keluarga mereka,” kata Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menerusi Twitter.

Beberapa bandar termasuk Toronto juga mengumumkan akan mengibarkan bendera separuh tiang.

Baru-baru ini, sebuah kubur besar yang mengandungi mayat 215 kanak-kanak Orang Asli ditemukan di sekolah berasrama yang ditubuhkan lebih seabad lalu.

Sekolah berasrama itu ditubuhkan bagi mengasimilasikan penduduk asli di Kanada.

Kanak-kanak tersebut merupakan pelajar Kamloops Indian Residential School di British Columbia yang telah ditutup pada 1978. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya