CALIFORNIA: Sebuah kafe di sini mengejutkan orang ramai apabila mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggn sekiranya mereka membuat tempahan makanan sambil memakai pelitup muka atau berbual mengenai suntikan vaksin Covid-19.
Lapor Mirror, Cafe Fiddlehead akan mengenakan bayaran tambahan sehingga AS$5 (RM21) kepada pelanggannya yang memakai pelitup muka ketika memasuki premisnya.
Pemilik kafe tersebut, Chris Castleman, 34, berkata, pelanggan kafenya berhak untuk menentukan bagaimana mereka ingin berdepan dengan pandemik Covid-19.
Katanya, dia mula memperkenalkan ‘denda pelik’ itu bermula pada April lalu dengan menawarkan diskaun sebanyak AS$0.50 (RM2) kepada pelanggan yang membuang pelitup muka ke dalam tong sampah ketika memasuki kafenya.
“Kesemua duit ‘denda’ ini kami akan dermakan kepada pusat kebajikan.
“Semua orang mempunyai cara tersendiri untuk berdepan dengan Covid-19 dan memakai pelitup muka hanya ‘menyukarkan keadaan’,” ujarnya.