Kadar pengangguran Indonesia paling tinggi di Asia Tenggara - Utusan Malaysia

Kadar pengangguran Indonesia paling tinggi di Asia Tenggara

PENDUDUK Indonesia paling ramai menganggur di Asia Tenggara. -CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di rantau Asia Tenggara berdasarkan data daripada Agensi Statistik Pusat (BPS). 

Lapor CNN Indonesia, kadar pengangguran terbuka (TPT) bagi golongan berusia antara 15 hingga 24 tahun merupakan paling tinggi iaitu mencecah 20.46 peratus pada Ogos tahun lalu. 

Angka itu menyaksikan peningkatan sebanyak 1.77 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Peratusan itu mewakili 9.7 juta penduduk iaitu peningkatan daripada 7.1 juta orang. 

Sebagai perbandingan, kadar pengangguran di negara jiran seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia masih di bawah 15 peratus. 

Justeru itu, situasi ini memerlukan perhatian serius daripada pihak kerajaan kerana demografi di negara itu akan berubah sepanjang 2020 hingga 2030. 

Hal ini bermakna, bilangan populasi umur produktif iaitu 15 hingga 64 tahun akan mencecah 70 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi semasa tempoh tersebut. 

Pakar Ekonomi di Institut Pembangunan Ekonomi dan Kewangan (Indef), Bhima Yudhistira berkata, bonus demografi boleh bertukar menjadi bencana demografi sekiranya Indonesia tidak memanfaatkan sumber daya manusia semasa usia yang produktif. 

“Bencana demografi bermaksud negara ini berpotensi terjebak dalam negara berpendapatan menengah selepas tempoh bonus demografi berakhir. 

“Situasi ini disebabkan tiada persediaan tenaga kerja mencukupi untuk menyokong populasi umur yang tidak produktif semasa tempoh bonus demografi,” katanya. 

Indonesia sebelum ini berdepan ancaman menjadi negara berpendapatan rendah disebabkan serangan pandemik Covid-19. 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya