Jerman tumpas platform pornografi kanak-kanak terbesar di dunia - Utusan Malaysia

Jerman tumpas platform pornografi kanak-kanak terbesar di dunia

POLIS Jerman menumpaskan platform pornografi kanak-kanak dalam laman web gelap terbesar dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Polis Jerman hari ini mendedahkan pasukannya menumpaskan satu daripada platform pornografi kanak-kanak dalam laman web gelap terbesar di dunia dan menahan empat anggotanya melalui beberapa siri operasi.

Platform tersebut yang dikenali sebagai ‘Boystown’ dipercayai wujud sejak 2019 dan mempunyai kira-kira 400,000 ali dari seluruh dunia.

Platform itu membenarkan pengguna berkomunikasi dengan ahli lain dan saling berkongsi gambar serta video lucah kanak-kanak, termasuk imej penderaan seksual.

Tiga lelaki berusia 40 dan 64 tahun ditahan dalam tujuh operasi di Jerman, manakala seorang lagi diberkas di Paraguay atas permintaan pihak berkuasa negara ini.

Tiga lelaki tersebut didakwa menjadi pentadbir untuk menguruskan platform berkenaan dengan menyediakan sokongan teknikal dan asihat kepada para ahli, terutamanya mengenai bagaimana untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Boystown kini sudah ditutup susulan serbuan dan operasi yang dilakukan. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya