Israel sekat konvoi bantuan antarabangsa - Utusan Malaysia

Israel sekat konvoi bantuan antarabangsa

PENDUDUK Palestin membawa mayat kanak-kanak yang ditemukan di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sejumlah trak bantuan antarabangsa yang mula menghampiri Gaza dihalang oleh tentera Zionis selepas Israel menutup laluan Karem Abu Salem yang bersempadan dengan Gaza.

Tindakan menutup laluan tersebut dibuat selepas Penyelaras Aktiviti Kerajaan dan Wilayah Israel (COGAT) mengumumkan pembukaan sementara laluan sempadan bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada penduduk Gaza.

Kemudian, menerusi satu kenyataan, COGAT memaklumkan laluan sempadan itu ditutup selepas tentera Israel cedera akibat letupan bom mortar yang didakwa dilancarkan oleh pejuang Hamas.

“Selepas insiden itu, kami putuskan untuk tutup semula laluan sempadan, trak bantuan tidak akan dibenarkan masuk ke Gaza,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, penasihat media untuk Asia Barat dan Majlis Pelarian Norway, Karl Schembri berkata, Gaza akan ‘lumpuh sepenuhnya’ jika laluan sempadan terus ditutup.

“Adalah amat penting untuk laluan sempadan terus dibuka bagi membolehkan konvoi kemanusiaan menghantar bantuan kepada penduduk Gaza.

“Penduduk Gaza bukan sahaja memerlukan keperluan asas, mereka juga amat perlukan bantuan kemanusiaan,” ujarnya.

Sementara itu, Schembri turut menggesa gencatan senjata dilakukan segera bagi menjamin keselamatan konvoi bantuan antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya