Israel, Palestin bakal laksanakan gencatan senjata ? - Utusan Malaysia

Israel, Palestin bakal laksanakan gencatan senjata ?

TENTERA Israel melancarkan serangan udara di Menara Jala di Gaza City, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Seorang pegawai kanan Hamas menjangkakan pihaknya dan tentera Israel akan melaksanakan gencatan senjata dalam masa terdekat.

Usaha itu di tengah-tengah konflik antara pasukan tentera Israel dan Hamas yang masih berterusan di sempadan Semenanjung Gaza.

Lapor BBC, pegawai politik Hamas, Moussa Abu Marzouk bagaimanapun berkata, pelaksanaan gencatan senjata akan berdasarkan persetujuan dicapai kedua-dua pihak.

“Saya harap usaha gencatan senjata ini akan berjaya.

“Saya jangkakan ia dilaksanakan dalam masa satu atau dua hari lagi dan berdasarkan persetujuan bersama,” katanya kepada stesen televisyen di Lubnan, Al-Mayadeen.

Kenyataan itu dibuat ketika hampir seluruh komuniti antarabangsa mendesak Israel dan Palestin segera melakukan gencatan senjata di tengah konflik yang semakin memburuk.

Israel terus melancarkan serangan udara terhadap Gaza sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 227 orang termasuk 64 kanak-kanak dengan lebih 1,500 penduduk cedera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya