GAZA CITY: Israel dan Hamas bersetuju untuk melakukan gencatan senjata bagi menghentikan konflik yang berlaku ketika ini.
Kabinet Israel memaklumkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan pada petang semalam, iatu 11 hari selepas konflik keganas berlaku di Gaza.
Hamas turut mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan gencatan senjata bermula pada pukul 2 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia hari ini). – AGENSI