GAZA CITY: Pasukan tentera Zionis melancarkan serangan roket terhadap Lubnan ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden terus menekan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Menurut sumber pasukan keselamatan Lubnan, Israel melancarkan sebanyak 22 roket ke arah wilayah negara itu.
Israel pula memaklumkan Lubnan melancarkan enam roket terhadap wilayahnya.
Sehingga kini, sekurang-kurangnya 212 penduduk Palestin di Gaza terkorban, termasuk 61 kanak-kanak dan lebih 1,500 cedera sejak lebih seminggu lalu.
Dalam pada itu, Biden menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu buat kali ketiga berhubung konflik yang berlaku.
Menurut White House, Biden menggesa Israel ‘melakukan usaha untuk menjamin keselamatan penduduk awam’ dan berbincang mengenai operasi ketenteraan Zionis menentang Hamas di Gaza.
Sementara itu, serangan terus berlaku pada awal pagi ini dengan menyasarkan kubu Hamas.
Dianggarkan sebanyak 30 serangan udara dilancarkan Zionis pada malam semalam. – AGENSI